Salam...
Masa... cuba anda bandingkan masa dulu dengan masa sekarang. Lain kan? Kalau nak diikutkan masa sekarang lebih cepat berjalan berbanding waktu aku tadika dulu. Kalau dulu kan, nak naik ke tahun seterusnya punyalah lama. Tapi sekarang rasa macam sekejap sangat. Apa petanda tu?
Masa... cuba anda reverse balik fikiran anda tentang apa yang dah berlaku sepanjang kita hidup nih. Kalau nak di list kan memang banyak sangatlah. Contohnya gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi. Kesian kan dekat manusia-manusia yang terlibat. Kebanyakan mereka hilang anak dalam sekelip mata. Nak dengar cerita?
Pada satu masa dulu(tak ingat tarikhnya) ada sebuah keluarga terlibat dalam satu bencana iaitu bencana tsunami. Pada ketika itu si ibu sedang mengandung. Tiba-tiba ada satu gegaran waktu mereka santai-santai dalam rumah. Si ibu terus memeluk erat kedua-dua anaknya.
Lepas tu, datang lah ombak tsunami hanyutkan mereka. Kemudian, si ibu tersedar yang anak-anaknya sudah tak ada lagi dalam dakapannya. Apakah perasaan anda bila anak yang baru sahaja dipeluk tiba-tiba hilang dalam dakapan anda sendiri. Mesti sedih kan?
Nak tau tak cerita nih aku dapat kat mana? Haa... cerita nih aku dapat time tengok satu cerita berunsur dakwah tentang tsunami yang berlaku di Indonesia(kisah benar). Bila aku tengok aku rasa terharu tentang pengorbanan seorang ibu tu. Memang sedih. So, sekarang kita mesti refleksi diri kita balik sepanjang tahun 2010 sebelum melangkah ke tahun hadapan. Chaiyok!
No comments:
Post a Comment