Hello Hello



Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .

Ucapan, ucapan yang bermaksud lafaz cinta.
Ucapan yang bermaksud tak bisa melupakan.
Ucapan yang bermaksud pulanglah kembali.

Tidak, kini ia bukanlah begini.
Kau dan aku telah benar-benar saling mencintai.

Dengarkanlah..
Tiada sesiapa..tiada sesiapa selain kamu..
Walau sepuluh tahun berlalu dan daratan berubah pun, tiada sesiapa selain kamu..

Wahai si dungu, ucapan yang bermaksud pandanglah padaku.
Hari ini pun aku menjerit untuk kamu.

Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.

Ucapan, ucapan yang bermaksud ku rindukanmu.
Ucapan yang bermaksud tak bisa melepaskan.
Ucapan yang bermaksud usahlah pergi.

Tidak, ia bukanlah lafaz perpisahan.
Kau dan aku masih saling mencintai.

Dengarkanlah...
Kau dekatiku dan mengucapkan annyeong.
Kau buatku jadi dungu dengan ucapan cinta.
Saat-saat bersama membuatku tak bisa melupakanmu.
Lalu kau pergi meninggalkanku.
Bagiku, tiada siapa selain kamu.
Kau ucapkan annyeong yang berbeza.

Dusta, pandang padaku dan katakanlah.
Apakah ucapanmu bermaksud kau akan benar-benar tinggalkanku?


Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.

Semua katakan La La La...
Semua katakan Ha Ha Ha...
Semua katakan Ta Ta Ta...
Semua katakan Hello Hello Hello...

Bila aku memanggilmu, ianya Hello !
Bila kau memanggilku, ianya Selamat Tinggal !
Kita sama-sama melafazkan ucapan pilu yang berbeza...

Kerana aku cintakanmu, ku ucap Hello.. tak mungkin selamat tinggal !
Cintaku semakin menjauh andai aku cuba menggapainya.

Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang hari ini pun ku laungkan untuk memanggilmu.

Hello.. kini.. selamat tinggal...
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.










PENGALAMAN ~~

First day dekat Pulares... takot gila ! sebab apa? haha.. sebab yang amatlah tak matang.. "aku takut takda kawan". Tak matang kan ?! huhu.. aku memang tak matang pun (ramai orang cakap) :P ... Lepas je aku daftar, aku dengan peserta-peserta lain tuh kena pegi dewan.. time tuh aku tengok depa suma dok pas2 beg plastik.. tak paham aku.. yelah, untuk apa kan? Ooo... rupa-rupanya nak kena bagi handset, dompet, camera dan sewaktu dengannya... Ceh, aku ingat apa lah... Next, masa untuk agih-agihkan dorm... Aku ingat boleh laa dapat satu dorm dengan budak mudzaffar (geng yang kenal waktu perjalanan), tapi tak... biaq p lah...

Masuk ja dalam dorm, baru ja letak beg, ada lah sorang budak pompuan neh tegur... Nama dia Mila.. Dia suruh kami semua kenalkan diri... Kami pon dengan ala-ala malu2 kucing kenalkan lah diri... Budak dorm aku semua sporting habes lah.. Antaranya... Azzalea, Mila, Amal, Ani, and Fafa... Sembang punya sembang.. tup2 dah pukul 4.. kami semua kena p solat.

Lepas ja taklimat, ada slot ice-breaking. Slot neh paling lawak lah wa cakap lu.. kekeke~ kenapa ya? sebabnya kami semua kena kenal2 dengan peserta2 yang laen (laki dan pompuan)... tak jadi nak control ayu... ngeh3x... Petang tuh jugak ada pembahagian kumpulan... fuhhh lega gila sebab dapat ahli kumpulan yang power2 + sporting2.. ngee~ tambah2 si emy.. haha.. satu perkara x terjangka, dalam kumpulan kami ada kembar... (amaliya dan emilia).. camna tuh? mesti susah kan? nk call amaliya, emiliya terperasan pulak.. kan susah... hihi..

Malam pertama, ada slot peranan pemimpin dan kepimpinan cemerlang. En. Zul (penceramah), dia masuk2 teros bagi salam.. lepas tuh dia suruh kami oganize semula, mean, malam tuh mesti ada pengacara di kalangan peserta... ala2 tetamu kehormat gitu.. huhu.. abes ja slot malam tuh, kami tak boleh balik bilik lagi.. kena tunggu.. malam tuh kami kena pilih penghulu ngan penghuluwati.. lepas pilih, didapati kedua2nya dari sekolah yang sama.. is oke lah. Malam tu jugak fasi2 suma agih2 kan tugas.. sapa jaga itu, sapa jaga ini. dan grup aku? jaga tempat makan... best kan? boleh makan lambat2..

Sabtu malam... tibalah malam kebudayaan.. ramai grup buat sketsa.. tapi grup kami? meeting ! mesyuarat agong ! dengan cam bosan.. memang bosan pon. ada sorang fasi tuh yang cakap.. tapi kami rasa puas gila. sebabnya, kami buat yang terbaek ! kerjasama + kesepakatan tuh ada ! itu yang buat kami bangga.. Tak kesah lah orang nak cakap apa pon ! Yang penting grup kami hepy~

Last day... ada satu slot akhir.. slot pasal dadah.. satu perkara tak terduga.. penceramah tuh cakap dalam rokok, ada zat babi. BABI okey. bukan BABY~ huhu.. so, sapa2 yang merokok tuh ibarat ada babi lah yang tergantung kat mulut depa tuh.. eeeuuuuwww... geli doe ! Next, kami boleh p makan. tapi lepas makan ada rehearsel untuk majlis penutupan.. Agak grand jugak lah sebab ada show tak berbayar.. Apakah shownya ? (sambungan di perenggan seterusnya)~

Pemenang malam kebudayaan diminta buat persembahan.. gila lawak depa punya persembahan.. itu la satu-satunya sketsa yang paling happening selama aku hidop neh.. walaupun cerita tuh adaptasi dari filem libas. tapi olahannya... perrgghhh.. mantappp.. saye suker~saye suker~.

Habis ja majlis tuh, diumumkan lah sapa yang dapat pegi kebangsaan kat Melaka nanti (aku xdapat pon)..
Then, kami suma boleh bukak hamper.. Semua grup dapat. tapi kami dapat grup paling sporting.. hihi.. Sblom kami bukak hamper tuh, ada sesi bergambar dulu (lupa nak habaq tadi)~ =P

Kira2 pukul dua tuh, aku dengan budak2 pompuan daerah kerian pon balik ke destinasi dengan satu pengalaman yang amat menarik~~


                        

-TAMAT-