"SAKURA SOFEA"

Asalamualaikum.

Okay sebenarnya tujuan menulis blog ni sebab terpikir nak cerita asal usul nama sakura sofea ni. kepada yang tak tahu atau tak pernah tahu sakura sofea ni siapa, meh sini nak habaq. sebelum nama tansop ni, aku ada satu nickname. eh nick name ke orang panggil ? tapi macam nama popular lah. kalau nak tahu, mostly nama sakura sofea ni aku guna dekat semua media sosial. first media sosial yang aku ada masa tu myspace. time tu darjah 6.

Nak dijadikan cerita macam mana timbulnya idea nak letak nama sakura sofea ni macam ni sebenarya. semua bermula bila aku terusha sorang mamat sekolah sebelah. time tu aku darjah 6. sebelah sekolah aku ni sekolah menengah. ada sorang abang ni, selalu parking motor betul betul sebelah sekolah aku. maksudnya paling hujung lah. tiap hari aku ada kelas tambahan. nama pun darjah enam and nak amek exam UPSR. so masa balik sekolah tu ada gap sebelum kelas tambahan start. masa tu la aku terusha mamat ni. Aihh, rasa bersalah pula panggil "mamat" "mamat" sebab its suppose to be "abang". masa tu dia dah form five. haha. beza lima tahun.

nah kita panggil "abang" lah. more appropriate cewah. ha abang tu pakai motor LC colour biru hitam. sumpah smart. pakai pulak helmet KHI. orang panggil helmet jerung. uih kemaihh baqhang. Muka dia beshe beshe tapi pada mata aku okay je. dia ni pengawas pusat sumber sekolah dia la. pakai seluar dan tie colour dark blue. mula mula taktahu nama tau. entah macam mana aku tak ingat aku dapat tahu nama dia Azizan.

Selaku stalker terhebat, aku dapat nama myspace dia. Azizan Sasuke. nama myspace dia azizan sasuke. before aku request nk add dia kat myspace, aku tukar dulu nama. aku nak nama sama macam dia. or lebih dekat dekat.

....macam sakura ?

lalu aku decided untuk letak nama sakura. aku pikir intan tak match langsung dengan sakura kalau kena gabung.

pikir...
pikir...
pikir...

nak letak lah sofia sakura. sebab sasuke dia letak belakang nama. so gigih lah aku nak letak sakura tu kat belakang nama. nak bagi nampak sesuai. haha bodohnya lahaii.. tapi tetap huduh di mata dan fikiran aku. jadi, aku tukar jadi sakura sofea. sebenarnya nama aku "sofia" tapi "sofea" macam kemaihh sikit noh. okay, letak sakura sofea sebab aku rasa nama ni going to be really great. kekeke.

dah tukar nama. sakura sofea. lepastu add dia. azizan sasuke. hahahahaha.

itu je sebenarnya. aku add dia dan main komen lepastu aku dah takmai myspace sebab aku prefer facebook lagi.

facebook pun aku letak nama yang sama. kalau orang yang selalu baca blog aku ni, dia tahu laa blog ni pun nama sakura sofea. tapi aku tukar kepada tansopstories. lebih fresh. cewah.

mostly media sosial yang aku ada dulu semua nama sakura sofea macam twitter apa semua. tapi sekarang aku buat twitter baru. nama pun baru lah.

ok tu je kot nak share. ada masa, aku tulis lagi. inshaallah.

SANDARAN HIBA

Tiap detik tangan ini mencari
Menaip namamu di papan kekunci
Sedari dulu hingga kini
Namun tadi, baruku temui.

Kukira gembira tapi hiba hujungnya.
Penantian pengharapan hancur kecewa.
Dakapan kasih tinggal gulana.
Apakan daya dirinya telah tiada.

Ku ingin memanggil gelarannya
Ku ingin menyahut panggilannya
Suara nyaring tak sempat ku dengarinya
Hanya ratapan tak terbanding kesalnya

walaupun tidak bertentang mata
gambarnya ku dakap dibawa lena
tiada dakapan diakhir nyawa
hanya kasih bersemadi dijiwa

 memang takdir bukan didunia ini
moga kita ditemukan nanti difirdausi
dakaplah aku anakmu ini
sungguh aku dahagakan kasihmu di sisi.

pergilah kau dengan tenang
ku redhai walau tubir mata bergenang
pandang diriku wajahmu terbayang
cukup tahu dirimu kusayang.

written by : tansop
16 January 2017

KELUHAN

Assalamualaikum my dear readers, selamat tahun baru aku ucapkan buat semua. Have a wonderful journey yah ! Sempena tahun baru ni, ada sedikit nukilan yang aku coretkan. Just saja saja. Nak baca ? Tengok bawah 👇🏼

KELUHAN


Termenung sendiri di halaman bumi...
Mengira detik saat kau kembali...
Dibangku kecil ini aku merintih lagi...
Hiba dihati, tersayat sanubari...

Mendongak ke awan, pilu dirasa...
Disangka hujan, rupanya air mata...
Diseka berkali, tak terhenti jua...
Sebak menoreh, nafas tak terhela...

Takdir dicoret, redha hujungnya...
Bahagia dijanji, namun bila kan tiba...
Bahang dunia kian terasa...
Mampu kita bertemu disyurga ? 

written by : tansop
date : 1 January 2017


Actually, nukilan ni macam aku cakap tadi lah. takda benda pun. entah. aku suka lah tulis style macam ni. bukannya tiap kali aku tulis, tiap kali aku broken. agak lah 😅 bukan apa, style macam ni lebih bersifat jiwa. faham tak bersifat jiwa tu macam mana ? macam menyentuh hati ke akar umbi lah. mungkin sebab aku sendiri yang remaja. jadi aku prefer style macam ni. eh sukati aku lah lol. bye.

HOW TO MAKE YOUR OWN BLUSHER CUSHION (STEP-BY-STEP TUTORIAL)

Hai asalammualaikum. Okay im getting excited to show how i made my own blusher cushion. macam yang kita tau, blusher cushion ni memang hot selling item dan agak pricey. so i decided to make my own lah dengan ingredients sedia ada. super easy weh. so nah, step by step tutorial :


1. EMPTY BB CUSHION CASE






Okay, aku just guna bb cushion case yang selalu aku pakai. means yang dah habis lah foundationnya. kena cleankan dulu tau.


2. CLEAN THE SPONGE AND THE AIR PUFF





Lepastu, sponge dengan air puff tu kena bersihkan betul betul tau sebab kita tanak ada excess foundation dekat either sponge or air puff tu. macam aku, aku just guna original dettol soap yang solid tu. so senang aku tenyeh tenyeh dekat benda alah ni. oh ya, make-up remover tu optional tau. ikutlah kalau nak pakai. aku pun pakai jugak tapi tak snap gambar lah. just rendam rendam lah but tak work well pun. jadi sabun dettol tu jugak yang membantu. huhu. lepas basuh, keringkan lah. pastikan betul betul kering tau !


3. THE INGREDIENTS





seperti yang tertera lah, ingredients yang kena ada but blusher tu optional. ikut lah nak letak ke tak tapi aku prefer liquid lipstick lah. moisturiser tu tak kisah apa jenama pun boleh. aku pakai nano white, so aku letak la yang tu. liquid foundation apa apa pun takpa. aku just guna apa je yang boleh. haha. highlighter tu depends. sebab nak bagi nampak glowing, aku letak sikit je and spatula tu senang nak kaut moisturiser tu. oh, takda dalam gambar pula tweezer pun kena ada tau. senang nak mix nanti. ha, primer pun boleh juga kalau nak letak.


4. MIXING





letak sedikit liquid foundation. terpulang nak banyak mana.


letak sedikit moisturiser


tambahkan highlighter untuk effect glowing (optional)


ambil blusher tadi. pastu kikis lah sikit untuk dapat texture serbuk. ikut lah nak colour yang macam mana



tambahkan liquid lipstick. aku guna yang ni sebab yang ni je aku ada. susah sikit la nak letak. letak ikut kesesuaian colour yang hampa nak lah.


last sekali, hampa mix lah. kalau okay, proceed dengan next step.


5. COAT AND ABSORB




last sekali, coat sponge dengan mixing yang kita buat tadi depan belakang. bagi dia absorb betul betul. the end.

haa, senangkan ? total cost (free) sebab aku guna apa yang ada lagi satu senang takyah pakai brush brush segala. so selamat mencuba dan semoga berjaya :)