Assalamualaikum...

Hey ladies and gentlemen... hmm, rasanya dah lama saya tak mengupdate blog ni.. bila final exam dah makin dekat ni, rasa gedik pulak nk tulis something even tak tau apa yang nak ditulis. gedik kan ? wakkaka..
Tapi hari ni, saya memang ada something yang nak dishare dengan hampa semua... Ianya berkenaan dengan video English dari grup saya... Teacher Bi kami suruh kami bt video.. katanya nak bagi mantap keyakinan diri.. by da way, mula-mula kami rasa malas sangat nak buat... tapi bila dah start shooting rasa bersemangat gila... bila dah habes shooting pulak, rasa rindu nak shooting lagi.. masa shooting, tak tension langsong.. enjoyed gler doe... kekeke~

Hari sabtu lepas kami dah present benda alah nih kat Bilik Bahasa.. first cuak gak lah.. malu pon ada jugak.. time tuh kami dok blakang sekali... malu nk tunjuk muka depan orang ramai... waktu opening, saya tutup muka ngan sapu tangan.. bdak2 grup saya asyik gelak je tgok saya blakon.. bila muncul part depa, tau pulak sorok muka... kahkahkah.. tapi frankly speaking, best sangat dapat bekerja sama dengan chingu yang sporting macam syidot, nat, sawi, keoy, arep, and syuk... kepada syuk, aku mintak maap sangat-sangat sebab lupa letak nama hang dalam video tu.. bukan bermaksud aku abaikan hang, tapi aku kelam kabut gila time tuh.. maaf ye =)

Saya rasa bersalah pulak dengan syukri bila dapat tau nama dia takda dalam video kami tuh... hmm.. tapi nasib baik dia tak kesah sangat.. tak tau lah dalam hati dia macam mana kan ? hehe..
 nah,, ni video nya.. hope u guys like it.. feel free to drop comment aku.. either baik or buruk, saya tak kisah.. saya akan jadikan sabagai pembakar semangat.. THANKS 4 WATCHING =)



Haha.. jangan gelak pulak ye... nanti saya malu ;)







Selamat tinggal

Ku lihat gambarmu yang di potretkan di dinding rumahku....
Lalu ku capainya dan ku rangkul kemas dalam dakapanku....
Mengapa kau pergi meninggalkanku tanpa sebarang kata ?
Walau hanya ucap selamat tinggal ?

Ku lihat ke awan yang dipenuhi hujan...
Air mataku menitis bersamanya...
Ku menjerit namamu sekuat hati...
Sayangnya kau tidak lagi mendengar...

Kata-kata bahagia yang pernah megisi ruang hatiku, mendamaikanku...
Kini, hanya ayat-ayat perpisahan yang merobekkan sekeping hati...
Sekeping hati yang setia mencintaimu...

Di mana janji-janjimu ?
Bahawa kita akan bersama selamanya...
Hanya mati yang dapat memisahkan...
Jangan ucap selamat tinggal...

Sayangku, tolonglah jangan pergi...
Aku melutut di kakimu...
Merayu jangan tinggallkanku...
Hanya kau yang ku cinta...
Kau adalah nyawa hidupku...

Kejamnya kau tinggalkanku sendirian....
Tanpa sebarang kata yang terucap di bibirmu..
Kehilanganmu membuatkanku...
Gila merindui dirimu...

Maafkan aku...
Mungkinku tak sempurna bagimu...
Beratnya aku melepaskan dirimu pergi  dari sisiku...
Air mataku terus mengalir tanpa henti...
Hanya doa yang mampu ku utuskan megiringi perjalananmu...
Semoga kau berbahagia bersama yang lain...
Selamat tinggal..........


Heaven - Ft Island...

Aku syorkan hampa tengok mv nie... memang lah kalau nak diikutkan ianya dah lapuk.. tapi aku peduli apa.. chingu-chingu aku yang belum tengok , silakan.. sedih sangat.. tambah-tambah part 2.. mv nie dibekalkan dgn english subs.. so, kalau nak malay punya, seach kat google translate... tapi dari segi lirik lagu Heaven in Malay translation, hampa boleh tengok kt utube or post aku yang sebelumnya... silakan =)

Syurga

Hai, hari ni saya nak kongsi sikit lirik lagu heaven dari grup FT ISLAND. Lirik lagu nih amat menyentuh hati saya. Klau nak tengok video dia, nahhh, kt bawah nih.. =) =( 


Gaun putihmu yang mempersonakan tampak begitu cantik.
Juga cincin duka yang kusarung kejarimu kala dalam perjalananmu...
Dalam hidup aku berjanji hanya kau yang kucintai dan kulindungi.
Mengapa kau meninggal pergi....

Kau kucintai.
Walau ku menjerit memanggilmu,
Mengapa tiada sebarang jawapan pun yang bisa kau beri...
Malah aku juga tak bisa mengucapkan selamat jalan.
Janganlah pergi.. Bagaimana bisa meninggalkanku dan pergi..
Apa yang harus ku lakukan sendirian..
Tolonglah jangan pergi meninggalkanku...
Tolonglah..

Apakah hujan adalah airmata yang kau titiskan dalam perjalananmu...
Apakah angin yang berhembus adalah keluhanmu yang panjang..
Dalam hidup cintaku hanyalah dirimu dan kau seorang sahaja.
Mengapa kau pergi meninggalkan ku wahai insan yang kejam ?

Kau kucintai.
Walau ku menjerit memanggilmu,
Mengapa tiada sebarang jawapan pun yang bisa kau beri...
Malah aku juga tak bisa mengucapkan selamat jalan.
Janganlah pergi.. Bagaimana bisa meninggalkanku dan pergi..
Apa yang harus ku lakukan sendirian..
Tolonglah jangan pergi meninggalkanku...

Gambarmu yang tersenyum hari ini tampak amat menyyedihkan...
Kurangkulmu dalam dakapanku.

Maafkanku melepaskanmu seorang diri begini..
Aku masih tetap lagi di sini..
Tubuhku bergetar dikau kurindui.

Kau kucintai berbahagialah walau di dalam syurga..
Nantilah daku didalam sana..
Hingga sampai masa aku pergi...
Selamat jalan.

Annyeonghaseyo~

Today, saya nak share sikitlah words2 korean yang biasa kita gunakan dalam hari-hari.. huhu. By da way, words2 nih pon amik from internet jugak.. So, come ! Let's go start our learning =)







So, lepas nih boleh lah hampa semua practice ngan chingu-chingu ye. Peace =)

Hello Hello



Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .

Ucapan, ucapan yang bermaksud lafaz cinta.
Ucapan yang bermaksud tak bisa melupakan.
Ucapan yang bermaksud pulanglah kembali.

Tidak, kini ia bukanlah begini.
Kau dan aku telah benar-benar saling mencintai.

Dengarkanlah..
Tiada sesiapa..tiada sesiapa selain kamu..
Walau sepuluh tahun berlalu dan daratan berubah pun, tiada sesiapa selain kamu..

Wahai si dungu, ucapan yang bermaksud pandanglah padaku.
Hari ini pun aku menjerit untuk kamu.

Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.

Ucapan, ucapan yang bermaksud ku rindukanmu.
Ucapan yang bermaksud tak bisa melepaskan.
Ucapan yang bermaksud usahlah pergi.

Tidak, ia bukanlah lafaz perpisahan.
Kau dan aku masih saling mencintai.

Dengarkanlah...
Kau dekatiku dan mengucapkan annyeong.
Kau buatku jadi dungu dengan ucapan cinta.
Saat-saat bersama membuatku tak bisa melupakanmu.
Lalu kau pergi meninggalkanku.
Bagiku, tiada siapa selain kamu.
Kau ucapkan annyeong yang berbeza.

Dusta, pandang padaku dan katakanlah.
Apakah ucapanmu bermaksud kau akan benar-benar tinggalkanku?


Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.

Semua katakan La La La...
Semua katakan Ha Ha Ha...
Semua katakan Ta Ta Ta...
Semua katakan Hello Hello Hello...

Bila aku memanggilmu, ianya Hello !
Bila kau memanggilku, ianya Selamat Tinggal !
Kita sama-sama melafazkan ucapan pilu yang berbeza...

Kerana aku cintakanmu, ku ucap Hello.. tak mungkin selamat tinggal !
Cintaku semakin menjauh andai aku cuba menggapainya.

Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang hari ini pun ku laungkan untuk memanggilmu.

Hello.. kini.. selamat tinggal...
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.










PENGALAMAN ~~

First day dekat Pulares... takot gila ! sebab apa? haha.. sebab yang amatlah tak matang.. "aku takut takda kawan". Tak matang kan ?! huhu.. aku memang tak matang pun (ramai orang cakap) :P ... Lepas je aku daftar, aku dengan peserta-peserta lain tuh kena pegi dewan.. time tuh aku tengok depa suma dok pas2 beg plastik.. tak paham aku.. yelah, untuk apa kan? Ooo... rupa-rupanya nak kena bagi handset, dompet, camera dan sewaktu dengannya... Ceh, aku ingat apa lah... Next, masa untuk agih-agihkan dorm... Aku ingat boleh laa dapat satu dorm dengan budak mudzaffar (geng yang kenal waktu perjalanan), tapi tak... biaq p lah...

Masuk ja dalam dorm, baru ja letak beg, ada lah sorang budak pompuan neh tegur... Nama dia Mila.. Dia suruh kami semua kenalkan diri... Kami pon dengan ala-ala malu2 kucing kenalkan lah diri... Budak dorm aku semua sporting habes lah.. Antaranya... Azzalea, Mila, Amal, Ani, and Fafa... Sembang punya sembang.. tup2 dah pukul 4.. kami semua kena p solat.

Lepas ja taklimat, ada slot ice-breaking. Slot neh paling lawak lah wa cakap lu.. kekeke~ kenapa ya? sebabnya kami semua kena kenal2 dengan peserta2 yang laen (laki dan pompuan)... tak jadi nak control ayu... ngeh3x... Petang tuh jugak ada pembahagian kumpulan... fuhhh lega gila sebab dapat ahli kumpulan yang power2 + sporting2.. ngee~ tambah2 si emy.. haha.. satu perkara x terjangka, dalam kumpulan kami ada kembar... (amaliya dan emilia).. camna tuh? mesti susah kan? nk call amaliya, emiliya terperasan pulak.. kan susah... hihi..

Malam pertama, ada slot peranan pemimpin dan kepimpinan cemerlang. En. Zul (penceramah), dia masuk2 teros bagi salam.. lepas tuh dia suruh kami oganize semula, mean, malam tuh mesti ada pengacara di kalangan peserta... ala2 tetamu kehormat gitu.. huhu.. abes ja slot malam tuh, kami tak boleh balik bilik lagi.. kena tunggu.. malam tuh kami kena pilih penghulu ngan penghuluwati.. lepas pilih, didapati kedua2nya dari sekolah yang sama.. is oke lah. Malam tu jugak fasi2 suma agih2 kan tugas.. sapa jaga itu, sapa jaga ini. dan grup aku? jaga tempat makan... best kan? boleh makan lambat2..

Sabtu malam... tibalah malam kebudayaan.. ramai grup buat sketsa.. tapi grup kami? meeting ! mesyuarat agong ! dengan cam bosan.. memang bosan pon. ada sorang fasi tuh yang cakap.. tapi kami rasa puas gila. sebabnya, kami buat yang terbaek ! kerjasama + kesepakatan tuh ada ! itu yang buat kami bangga.. Tak kesah lah orang nak cakap apa pon ! Yang penting grup kami hepy~

Last day... ada satu slot akhir.. slot pasal dadah.. satu perkara tak terduga.. penceramah tuh cakap dalam rokok, ada zat babi. BABI okey. bukan BABY~ huhu.. so, sapa2 yang merokok tuh ibarat ada babi lah yang tergantung kat mulut depa tuh.. eeeuuuuwww... geli doe ! Next, kami boleh p makan. tapi lepas makan ada rehearsel untuk majlis penutupan.. Agak grand jugak lah sebab ada show tak berbayar.. Apakah shownya ? (sambungan di perenggan seterusnya)~

Pemenang malam kebudayaan diminta buat persembahan.. gila lawak depa punya persembahan.. itu la satu-satunya sketsa yang paling happening selama aku hidop neh.. walaupun cerita tuh adaptasi dari filem libas. tapi olahannya... perrgghhh.. mantappp.. saye suker~saye suker~.

Habis ja majlis tuh, diumumkan lah sapa yang dapat pegi kebangsaan kat Melaka nanti (aku xdapat pon)..
Then, kami suma boleh bukak hamper.. Semua grup dapat. tapi kami dapat grup paling sporting.. hihi.. Sblom kami bukak hamper tuh, ada sesi bergambar dulu (lupa nak habaq tadi)~ =P

Kira2 pukul dua tuh, aku dengan budak2 pompuan daerah kerian pon balik ke destinasi dengan satu pengalaman yang amat menarik~~


                        

-TAMAT-