CRUSH

Haa, harini aku nak cerita pasal crush aku dari kecik sampai la besar. nampak macam aku tak pernah insaf kan? ahhh kisah pulak aku. Since aku kecik, pantang nampak lelaki handsome sikit, mata aku ni lajuuuuuu ja tertancap. padahal budak budak lagi aku ni. Rasanya mak aku tak pernah ajar pulak jadi mata keranjang macam ni. Haha.

Okay, aku start crush dekat sorang mamat ni, time tu darjah tiga. ahaa, sangat lah budaknya. aku bagi surat beb(punya nak cita zaman dulu kala) siap tabur tabur bedak lagi. yela, nak beli kad wangi mahal mahal mana mampu kan. duit sekolah mak bagi berapa sen je pun. tapi.. tapi.. tapi.. aku tak bagi face to face tau. segan gila nak mati. poyo je enn. hehe. aku pass through abang dia. masa tu abg dia dekat kantin. oh, lupa nak bagitahu yang abang dia tua dua tahun dari aku. kira masa tu darjah lima la.

Sambung balik, lepas aku bagi surat tu kan, reaksi abang dia macam buat dono je dengan aku. haprak betul. dia ingat aku tak hot? haha. okay la, dengan muka tak malunya, aku suruh abang dia bagi surat tu kat adik dia, "weh, nahh ni surat. ada orang bagi. tolong bagi kat adik hang". takkan laa nak mengaku surat tu daripada aku pulakk kan. jatuh reputasi. aummm~

Lepas ja aku kasi surat tu kan, aku terus blah. yela nak cover riak muka. kang kantoi tak pasal pasal pulak sehh, ehem. tiba tiba enn kawan aku tanya atu soalan yang menyentap. tahu apa dia? haa, kawan aku tanya.. crush aku tu pandai tak baca? gedebang !! aku pun mula terfikir. yelahh, dia kelas last sekali. time tu pulak darjah tiga kan. memang budak sangat laa cita dia. Nak dijadikan cerita, aku pun patah balik. tanya dekat abang dia, "woii adik hang pandai baca tak?" Nak tahu abang dia buat reaksi apa(abg dia ni bisu ke apa? mcm ada emas je dalam mulut -_-)? abg dia geleng ja. maksudnya? adik dia tak reti baca !

ADIK DIA TAK RETI BACA !!

So, pengakhiran surat aku tu, ditongsampahkan je la dan aku pun takda niat nak sambung kisah aku dengan dia. haha.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah nombor dua ni masa aku form 5. jarak lama gilaa enn? biar lah sebokk je -.- hehe. Aku ingat lagi masa tu bulan enam. lepas cuti dua minggu(aku ingat sebab ada sorang mamat ni tinggalkan aku mcm babi kundur). Macam biasa laa kan mata aku ni. mana pernah duduk diam. pantas. sepantas kelajuan cahaya. cewah!

Masa aku tengah sedap sedap menikmati makanan dekat kantin, mata aku tertancap mata sorang mamat ni. handsome. putih, tinggi. dan paling awesome sado! muahahahaha~ dia pakai baju kemeja putih, seluar slack hitam dan tie hitam. mengancam betul, padahal semua orang pakai baju yang sama sebab sesi kemasukan tingkatan enam kat sekolah aku. normal laa bila kita suka dekat seseorang tu, semua benda kita nampak perfect kan. tapi dia memang handsome pun.

ehh ehh ehh. apa aku mencarut nih??

sambung balik. sorry la. aku ni memang suka terpelencong sikit. hehe. kat mana kita tadi? ohh haa, masa kat kantin tu dia tengah beli air. aku perati je, dari mula dia beli sampai la dia hilang dari anak mata aku. takkan anak mata kau pulak kan.

Lama. Lama aku cuba cari perhatian dia. Lalu lalang depan kelas dia la. Buat bising dengan kawan kawan dia la. berharap supaya dia pandang aku, berharap supaya dia tahu kewujudan aku kat sekolah tu. haprak kan perangai aku. diam diam sudah~
Lama lama aku fed up jugak lah sebab macam takda kesan ja. dan aku pun mula fikirkan cara untuk bagitahu perasaan aku kat dia. aku bagitahu orang tengah(kawan rapat aku jugak) dan dia bagitahu dekat tuan punya badan. Lepas tu, aku balik rumah. cari facebokk dia. berkurun jugak la baru nak jumpa. lepas jumpa apa lagi, add as a friend !

Esok pagi kawan aku tu bagitau yang dia dah smpaikan bla bla bla. dia tak kenal aku pun rupanya -_-
sedih betul. Balik tu apa lagi, malu punya pasal.. aku cancel request(nasib dia tak approve lagi). Tapi pastu, aku add balik. haha.

Tak lama pastu, aku poke dia. nak poke tu pun.. jantung makk aihhh berdebar. dup dap dup dap. laju gila. tunggu dalam beberapa minit, dia poke back. POKED BACK!!!!!!!!! aku rasa macam bunga bunga cinta turun dari langit. heaven gila. haha. pastu kami pun start chat. kadang kadang je la. bukan hari hari, Bila tersempak dekat sekolah, aku tak tahu nak buat reaksi apa. malu. segan. semua ada. macam nak cover cun pun ada.

Haa ada part best !
SAAT AKU BERTENTANG MATA~

Masa ni depan pintu toilet. aku saja laa gedik gedik prank kawan aku. masa tu nak trial addmath. lagi 10 minit nak start. gila tak gila, aku kunci pintu tu. tak sangka pintu tu rosak sampai tak boleh nak bukak. dan nak dijadikan cerita, hero aku tu pun baru je lepas keluar dari tandas lelaki. masa tu dia dengan geng geng form6 dia laa. kawan aku pun panggil depa nak mintak tolong(masa tu aku tengah cuba pulas tombol pintu). tahu tak dia pusing tu dia buat apa? Dia jalan dengan karismanya, sambil dua dua tangan seluk poket dan mata tengok aku sambil bagi senyuman yang boleh buat aku rasa nak pengsan. hahaha.

Reaksi aku? *pengsan* ehh taklah. aku terpaku sebenarnya sampai lupa kawan aku dalam toilet. haha. dia tayang muka dia ja. tak tolong pun. puii~ pastu orang lain ambil kunci kat pejabat. then, segalanya selesai

Aku pernah bagi choki choki kat dia. cehh konon sweet laa kan. hehee. tapi macam biasa laa. Aku mana berani face to face. pass kat orang laa kan. orang tu cita dia takmau terima, agak agak la kan. bahang tak muka aku sebab malu? memang! malu. panas hati. memang aku maki maki la dalam hati. orang tu cita, dia terima ja. tapi aku tetap rasa diam macam terpaksa. Damn!

Balik tu, aku login ja facebook, tengok dia bagi chat, cakap thanks bagai. sejuk hati kite. Masa tu rasa macam berada diawangan.

mesej.... mesej... mesej.... at last dia deactivate facebook(dia takda phone). Lost contact. Lama. Pastu dia on balik fb. cumanya dah tak macam dulu. janggal gila babi.

Aku cuma ada dua crush ja setakat ni. huhuhu~

-THE END-


2 comments:

Aisyatul Syahira said...

Saiful yg hensem tp kls last tu en. Kahkah.

Tansop said...

Eh anas shamirin lah. Bukan saiful. Hahaha.