Hello Hello



Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .

Ucapan, ucapan yang bermaksud lafaz cinta.
Ucapan yang bermaksud tak bisa melupakan.
Ucapan yang bermaksud pulanglah kembali.

Tidak, kini ia bukanlah begini.
Kau dan aku telah benar-benar saling mencintai.

Dengarkanlah..
Tiada sesiapa..tiada sesiapa selain kamu..
Walau sepuluh tahun berlalu dan daratan berubah pun, tiada sesiapa selain kamu..

Wahai si dungu, ucapan yang bermaksud pandanglah padaku.
Hari ini pun aku menjerit untuk kamu.

Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.

Ucapan, ucapan yang bermaksud ku rindukanmu.
Ucapan yang bermaksud tak bisa melepaskan.
Ucapan yang bermaksud usahlah pergi.

Tidak, ia bukanlah lafaz perpisahan.
Kau dan aku masih saling mencintai.

Dengarkanlah...
Kau dekatiku dan mengucapkan annyeong.
Kau buatku jadi dungu dengan ucapan cinta.
Saat-saat bersama membuatku tak bisa melupakanmu.
Lalu kau pergi meninggalkanku.
Bagiku, tiada siapa selain kamu.
Kau ucapkan annyeong yang berbeza.

Dusta, pandang padaku dan katakanlah.
Apakah ucapanmu bermaksud kau akan benar-benar tinggalkanku?


Ucapan annyeong adalah hello, kini selamat tinggal .
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.

Semua katakan La La La...
Semua katakan Ha Ha Ha...
Semua katakan Ta Ta Ta...
Semua katakan Hello Hello Hello...

Bila aku memanggilmu, ianya Hello !
Bila kau memanggilku, ianya Selamat Tinggal !
Kita sama-sama melafazkan ucapan pilu yang berbeza...

Kerana aku cintakanmu, ku ucap Hello.. tak mungkin selamat tinggal !
Cintaku semakin menjauh andai aku cuba menggapainya.

Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang hari ini pun ku laungkan untuk memanggilmu.

Hello.. kini.. selamat tinggal...
Walau aku terus cuba untuk lupakan kamu namun itu tak bisa.
Ku ucapkan hello~ oh, kau ucapkan selamat tinggal.
Ucapan yang bermaksud kau masih lagi ku cinta.










No comments: